fbpx

Portal dakwa rombakan besar-besaran PDRM disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Mohd. Isa.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah portal berita dalam talian mengenai rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang didakwa akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, satu laporan polis telah diterima pihaknya mengenai dakwaan portal berita berkenaan pada pukul 4.59 petang tadi.

Katanya, kes ini disiasat dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan dakwaan mengenai rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang didakwa akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu adalah tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

Sebelum ini, portal itu memetik sumber melaporkan, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI