fbpx

PM Bangladesh cari suaka di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Hasina memerintah Bangladesh sejak 2009. - AFP

DHAKA  –  Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dipercayai mencari suaka politik di Britain selepas beliau  meletak jawatan dan melarikan diri dengan menaiki helikopter, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Sheikh Hasina, 76, yang memerintah negara Asia Selatan itu selama 15 tahun sejak 2009, melarikan diri dari bandar ibu kota Bangladesh, Dhaka ketika kumpulan penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya. Mereka menuntut beliau meletak jawatan.

Pemimpin berkenaan  dipercayai menuju ke London, dan dilaporkan akan mendapatkan suaka politik, lapor media India. 

Ketika berita pemergiannya tersebar di seluruh Bangladesh, berjuta-juta orang turun ke jalan-jalan raya  untuk meraikan perkembangan tersebut.

Orang ramai mengibarkan bendera dengan ada yang menari di atas kereta  kebal tentera, sebelum beribu-ribu penduduk memecah masuk pintu kediaman rasmi Sheikh Hasina di Dhaka.

Sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh pada Ahad lalu yang dianggap hari paling dahsyat dalam pergolakan itu, menjadikan jumlah kematian sejak protes bermula sekurang-kurangnya 320 orang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI