fbpx

Pindaan Akta 233, banteras pemandu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada Program Pemantauan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguatkuasa Gombak di sini hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

GOMBAK – Kerajaan bercadang meminda Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengenakan tindakan lebih tegas ke atas pemandu dibawah pengaruh dadah yang tidak menyebabkan kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan pindaan itu dilakukan kerana kesalahan pemandu positif dadah sama seperti kesalahan pemandu menggunakan alkohol yang berlebihan.

“Undang-undang sedia ada ini belum cukup tegas terhadap pemandu yang mengambil dadah kerana kita hanya boleh mendakwa mereka sekiranya dia mengakibatkan kemalangan jalan raya.

“Kalau seseorang pemandu itu dikesan jadi penagih dadah tetapi tidak atau belum ada kemalangan, dia tidak boleh didakwa hanya boleh digantung lesen sahaja.

“Ini perkara yang saya rasa kita perlu kaji balik, sebab kita tidak mahu tunggu sampai kemalangan berlaku baru ambil tindakan terhadap pemandu tersebut dan mereka ini perlu disenarai hitam daripada sistem kita termasuk jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Program Pemantauan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguatkuasaan JPJ, di sini, hari ini.

Tambah beliau, cadangan pindaan ini akan diusulkan ke Persidangan Ketiga pada Oktober ini selaras perbincangan lanjut bersama pegawai kementerian dan jabatan lain.

“Seksyen ini masih terdapat kelompongan yang khususnya tindakan terhadap pemandu yang positif dadah yang hanya memperuntukkan maksimum denda RM10,000 dan penjara dua tahun terhadap pemandu dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan.

“Bagaimanapun, saya ingin nasihatkan juga kepada syarikat pengendali perlu melakukan saringan dalaman terhadap pemandu mereka secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

“Ini bagi mencegah pemandu yang berisiko mengambil kenderaan mereka kerana kita tidak boleh memeriksa 100 peratus setiap kenderaan dan pemandu tetapi operasi ini sudah tentu akan diteruskan,” jelasnya.

Ujarnya lagi, cadangan pindaan dilihat amat berkepentingan selepas banyak kemalangan berlaku termasuk kemalangan baru-baru ini yang membabitkan treler merempuh sebuah rumah hingga menyebabkan dua beradik maut di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, Pahang.

Difahamkan, pemandu treler berusia 40 tahun terbabit dipercayai berada di bawah berada pengaruh dadah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI