fbpx

Piala FA: Aksi final di SNBJ, tiket bermula RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JDT merupakan juara bertahan Piala FA selepas menewaskan KL City musim lalu. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi final Piala FA edisi 2024 melibatkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 24 Ogos depan.

MFL dalam satu kenyataan turut mendedahkan empat kategori tiket akan diagihkan secara sama rata kepada pasukan Gergasi Merah dan Harimau Selatan dengan harga bermula RM50.

“Harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.

“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, JDT merupakan juara bertahan edisi lepas mara ke final selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) di peringkat separuh akhir minggu lalu.

Sementara itu, Selangor FC yang berjaya menyingkirkan Terengganu FC (TFC) memburu trofi Piala FA pertama sejak bergelar juara edisi 2009 dengan menewaskan Kelantan di pentas final. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI