fbpx

Penyasaran subsidi diesel: Pematuhan pada tahap baik – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di sini, hari ini.

SEPANG – Tahap pematuhan berhubung penyasaran subsidi diesel oleh pengusaha stesen minyak bagi tempoh dua bulan iaitu sejak Jun hingga Ogos adalah baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya hanya menerima 83 aduan awam berkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran susbidi diesel sejak 8 Jun hingga 4 Ogos lepas.

Katanya, bagi tempoh berkenaan juga, KPDN telah melaksanakan pemeriksaan terhadap 24,666 permis perniagaan dalam Ops Kesan 2.0.

Jelasnya, sebanyak 244 notis bertulis telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021 (AKHAP) dengan 10 kertas sisatan telah dibuka.

“Secara keseluruhan, bagi tempoh dua bulan fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal.

“Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di sini, hari ini.

Armizan berkata, pihaknya menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pascapenyasaran subsidi diesel.

“Pada masa sama, KPDN akan terus memperkasa pemantauan di semua peringkat memulai Ops Kesan 2.0 dan maklum balas awam adalah amat dialu-alukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI