fbpx

Penjenamaan semula KPJ Healthcare selepas 43 tahun beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Keat Chyuan (kanan) pada majlis pelancaran logo baharu KPJ Healthcare di Menara KPJ di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melancarkan penjenamaan se­mulanya selepas tempoh 43 tahun, yang merupakan elemen penting dalam perjalanan transformasinya sejak 2023.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Chin Keat Chyuan berkata, identiti jenama baharu KPJ Healthcare menggunakan gaya lebih kontemporari dengan warna keemasan yang menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan.

“Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan logo atau rupa baharu, ia merupakan simbol transformasi dan kemajuan KPJ seiring dengan peningkatan usaha dalam memberikan penjagaan kesihatan lebih baik, didorong teknologi serta inovasi.

“Paling penting, warga kami akan turut bersama-sama dalam transformasi budaya ke arah menjadikan pesakit sebagai fokus utama dalam operasi dan perkhidmatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran logo baharu KPJ Healthcare di Menara KPJ di sini .

KPJ kini mengoperasikan 29 hospital di seluruh negara, serta satu hospital masing-masing di Bangladesh dan Thailand.

Dengan lebih 1,300 perunding kesihatan, ia merawat lebih 3.3 juta pesakit setiap tahun.

Sementara itu, Keat Chyuan menambah, dalam usaha me­ningkatkan jumlah katil hospital yang dioperasikan kepada 5,000 buah menjelang tahun 2028, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan pro­ses penggabungan dan pengambilalihan sekiranya bersesuaian.

“Daripada 3,733 katil yang dimiliki pada tahun lalu, kami dijangka mampu mencapai kapasiti 4,101 katil tahun ini dan saya merasakan sasaran 5,000 katil ini mampu dicapai lebih awal,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI