fbpx

Peminat beralih, tumpu emas pertama ‘The Pocket Rocketman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizulhasni Awang.

PETALING JAYA – Selepas pasukan kebangsaan yang beraksi di Olimpik Paris 2024 berjaya meraih dua pingat gangsa melalui kem badminton, kini peminat sukan negara mula memberi tumpuan kepada pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Azizul yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman bakal memulakan rentak juaranya bersama dua lagi pelumba kebangsaan pada esok (Rabu) dan jika berkelayakan akan menghadapi saingan akhir pada Sabtu nanti.

Pelumba berasal dari Terengganu itu merupakan salah seorang pelumba tumpuan dunia apabila telah banyak kali menjuarai kejohonan berbasikal antarabangsa.

Malah Azizul telah memenangi dua pingat di temasya Olimpik di Rio Jenero, Brazil serta Olimpik Tokyo 2020.

Pelumba muda negara, Shah Firdaus juga bakal mencuri tumpuan bagi kemunculannya tahun ini apabila ramai peminat ingin melihat beliau bersama-sama Azizul merangkul pingat buat edisi kali ini.

“Aku nak sangat Shah Firdaus bersama datuk, dah dua edisi datuk kena halang dengan pelumba lain. Jahat dorang ni,” jelas Farihan BNB.

“Yakin kali ini pingat emas Olimpik akan ada di tangan anak Malaysia, dah lama kita tunggu. Kalau dah namanya rezeki tidak akan ke mana,” kata Zahra Khalid. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI