fbpx

Pasangan warga emas ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan warga emas yang ditemui rentung di bilik mandi selepas rumah mereka terbakar pagi tadi.

MIRI – Pasangan warga emas rentung apabila rumah mereka di Kampung Pangkalan Lutong, di sini terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Abdullah Nassa, 77, dan Jaimah Badar, 64.

“Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebelum dijumpai rentung pada pukul 12.15 tengah hari di kawasan bilik mandi. Kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 10.55 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dan BBP Lopeng segera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat telah terbakar 100 peratus. Pasukan bomba bertindak membentang satu aliran salur bantu mula, satu aliran 200 kaki, satu unit pam dan air dari sungai berdekatan untuk memadam kebakaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI