fbpx

Olimpik Paris: Ratu gimnas AS ‘tergelincir’ emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILES (kiri) tetap gembira biarpun sekadar meraih perak, tewas kepada Andrare (tengah) yang menjuarai disiplin senaman lantai awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Kesilapan yang jarang berlaku ternyata memakan diri buat Simone Biles apabila bintang gimnastik Amerika Syarikat (AS) itu gagal menambah pungutan emasnya pada Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Sehari selepas pelari pecut AS, Noah Lyles mencipta sensasi menerusi kemenangan dramatik pada final 100 meter (m) lelaki, tumpuan beralih kepada Biles untuk melihat sama ada dia boleh menoktah lebih banyak sejarah peribadi.

Dianggap gimnas terhebat dalam sejarah, Biles mengintai peluang untuk menambah kutipan pingat emas di Paris dalam acara batang titian dan senaman lantai di Bercy Arena pada hari terakhir acara berkenaan di temasya berkenaan.

Namun, gimnas berusia 27 tahun itu tergelincir daripada batang titian ketika berundur dalam rutinnya yang menyaksikan kesilapan luar biasa tersebut menghadiahkan emas kepada Alice D’Amato dari Itali.

Biles kelihatan berang keluar dari arena untuk bersiap sedia bagi aksi final senaman lantai yang juga berakhir dengan kesedihan apabila dua kesilapan sewaktu melakukan pendaratan menyaksikan dia hanya meraih perak di belakang gimnas Brazil, Rebeca Andrade.

“Hari ini benar-benar gila tetapi sebenarnya saya amat gembira, bangga dan lebih teruja kerana perjuangan di sini sudah berakhir,” kata Biles.

Biles diingati kerana menjadi mangsa kesihatan mental yang dipanggil ‘twisties’ sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi bangkit melenyapkan segala kritikan dengan persembahan memukau di kota Paris.

Biles menamatkan kempennya di Paris kali ini dengan tiga emas dan satu perak menjadikan jumlah kutipan pingat Olimpik peribadinya kepada 11 yang mana tujuh daripadanya emas. – AGENSI

CAPTION

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI