fbpx

Olimpik Paris: Djokovic lengkapkan karier sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC kini menjadi pemain perseorangan tenis tertua meraih pingat emas Olimpik sejak acara itu kembali di pentas tersebut pada 1988. - AFP

PARIS – Legenda tenis dunia, Novak Djokovic terlalu teruja apabila mendakwa mahu mempertahankan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dimenanginya pada edisi seterusnya di Los Angeles 2028 biarpun ketika itu dia akan berusia 41 tahun.

Djokovic, 37, berjaya menamatkan penantian untuk menempa kejayaan itu dalam penampilan kelimanya di pentas Olimpik sejak membuat debut pada edisi 2008 di Beijing, China yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Bintang Serbia itu memastikan impiannya tercapai di Paris kali ini dengan menewaskan antara pilihan utama dari Sepanyol, Carlos Alcaraz 7-6 (7/3), 7-6 (7/2) pada aksi final di Roland Garros awal pagi semalam.

“Ini mungkin kejayaan sukan paling besar saya pernah memenangi. Ia satu perasaan yang cukup istimewa dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Sebelum ini saya anggap membawa bendera negara di upacara perasmian pada Sukan Olimpik 2012 (London) adalah perasaan paling indah buat mana-mana atlet.

“Umur saya 37 tahun menentang pemain berusia 21 tahun yang mana dia adalah pemain terbaik dunia sekarang selepas menang Roland Garros dan Wimbledon berturut-turut. Jadi saya boleh katakan inilah kejayaan terbesar dalam karier saya.

“Saya mahu bermain di Los Angeles nanti. Saya menikmati setiap saat turun mewakili negara saya di pentas Olimpik dan juga Piala Davis,” kata Djokovic.

Kejayaan itu membolehkan Djokovic menyertai Andre Agassi, Rafael Nadal, Steffi Graf dan Serena Williams yang merupakan empat pemain pernah meraih pingat emas Olimpik selain turut melengkapkan empat kejuaraan Grand Slam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN