fbpx

Meta mohon maaf padam hantaran PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan).

PUTRAJAYA – Meta Platforms Inc (Meta) memohon maaf atas tindakan menurunkan kandungan di laman sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan perkara itu sebagai kesilapan operasi.

Permohonan maaf itu dibuat Meta menerusi jurucakap syarikat itu selepas tuntutan berkenaan dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi pertemuan dua hala dengan pemilik Facebook itu semalam.

“Kami memohon maaf atas kesilapan operasi mengenai kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri yang mana telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul,” kata jurucakap Meta kepada Reuters.

Semalam, PMO meminta Meta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan diambil syarikat itu selain menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO, pihaknya telah memanggil Meta semalam bagi menuntut penjelasan berhubung penyingkiran beberapa hantaran di akaun Perdana Menteri.

“Semasa mesyuarat itu, Pejabat Perdana Menteri telah menyatakan kekecewaan mendalam terhadap Meta susulan tindakan menurunkan ucapan Perdana Menteri terhadap kematian Ismail Haniyeh.

“PMO melihat tindakan Meta sebagai diskriminasi, tidak adil, dan berlaku penindasan secara terang-terangan terhadap kebebasan bersuara,” katanya.

Tindakan Meta juga dilihat sebagai penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dalam mengejar keadilan dan hak asasi manusia.

Pada masa sama, PMO turut melahirkan kekecewaan berhubung penggantungan siaran langsung disiarkan di Facebook melalui akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI