fbpx

‘Menang dijulang tewas dipijak hingga tersungkur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet negara antara kumpulan berisiko tinggi terlibat ddengan pembulian di media sosial.

PETALING JAYA – “Bila menang dijulang dan dipuji. Bila tewas dipijak sehingga tersungkur,” itu antara situasi dihadapi oleh atlet negara yang tidak terlepas daripada kritikan melampau daripada orang ramai di media sosial.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran Facebook memberi contoh, antara atlet yang pernah melalui tekanan sedemikian seperti Lee Zii Jia (badminton), Muhammad Azeem Fahmi (pelari pecut negara), Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (ratu terjun negara), Farah Ann Abdul Hadi (bekas ratu gimnastik negara), Datuk Azizulhasni Awang (pelumba basikal negara) serta Safawi Rasid (pemain bola sepak).

Menurut PHM, atlet negara adalah antara kumpulan berisiko tinggi untuk terkena kesan pembulian di media sosial.

“Atlet biasanya berada di bawah tekanan yang besar untuk berprestasi cemerlang, terutama dalam kejohanan besar.

“Peminat dan penyokong mempunyai ekspektasi yang tinggi dan apabila pasukan atau atlet kegemaran mereka kalah atau berprestasi buruk, kekecewaan ini sering kali diluahkan melalui media sosial, menyebabkan atlet menjadi sasaran kemarahan dan kekecewaan mereka.

“Kadang-kadang memang seram melihat komen-komen di media sosial,” kata hantaran itu hari ini.

Sehubungan itu, PHM menegur orang awam susulan perbuatan mereka mengkritik secara melampau kepada atlet negara.

“Walaupun terdapat undang-undang untuk menangani pembulian siber di Malaysia, masih banyak cabaran perlu diatasi untuk memastikan aset penting negara seperti atlet dilindungi daripada jari jemari pembuli di ruang siber,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI