fbpx

Mangsa tragedi Wayanad dikebumikan beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 1 Ogos lalu menunjukkan petugas kecemasan melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh di daerah Wayanad. -- AFP

NEW DELHI – Satu majlis pengebumian massa diadakan bagi mangsa tidak dikenal pasti yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Wayanad, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, tanah runtuh yang berlaku di daerah Wayanad, negeri Kerala baru-baru ini telah meragut lebih 300 nyawa.

Menteri tempatan, K Rajan berkata, operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan 220 mayat dan 160 anggota badan, manakala 180 lagi masih hilang.

Kira-kira 34 mayat tidak dapat dikenal pasti, manakala 171 lagi telah diserahkan kepada waris atau saudara mara.

“Hari ini (kelmarin) satu mayat ditemui di Malappuram dan satu anggota badan di Soojippara. Ini merupakan hari keenam operasi menyelamat,” kata K Rajan.

Tambahnya, seramai 1,382 anggota penyelamat pelbagai agensi dan 1,800 sukarelawan terlibat dalam operasi itu.

Tanah runtuh yang berlaku di Chooralmala dan Mundakkai di Wayanad pada 30 Julai lalu itu meragut kira-kira 308 nyawa setakat Jumaat lepas.

Terdahulu, Perdana Menteri India, Modi mengumumkan bantuan sebanyak 200,000 rupee (RM10,587) untuk diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Operasi mencari dan menyelamat di daerah Wayanad memasuki hari keenam kelmarin kerana beberapa mangsa dikhuatiri masih terperangkap dalam serpihan dan timbunan tanah. – AGENSI

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI