fbpx

Lemah penguatkuasaan, isu selenggara jalan faktor kemalangan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Lee di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Kadar kemalangan yang tinggi terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkait rapat dengan faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang jalan raya, selain isu penyelenggaraan jalan raya.

Kebimbangan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungan hormat oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, bahkan kedua-dua mereka turut senada terhadap perkara itu.

Anwar berkata, Lee kini merupakan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya yang selamat dan sihat selain mewujudkan suasana kerja kondusif.

“Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap mana-mana NGO yang lain atau seperti itu terus memberi khidmat mereka kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan.

“Selain itu, turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI