fbpx

Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Honda City yang rentung dalam kebakaran mengorbankan seorang lelaki di Teluk Intan semalam. Foto JBPM

TELUK INTAN – Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Teluk Intan-Kuala Bikam di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.35 malam.

Katanya, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bersama dua jentera.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda City membabitkan kemusnahan 98 peratus di mana terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

“Pasukan kemudian membuat pemadaman dengan menggunakan aliran air sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI