fbpx

Lelaki diberkas seludup serbuk ekstasi dalam bungkusan minuman berperisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukan hasil daripada seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah rumah di Taman Sam Hoe di Kluang.

KLUANG – Menggunakan kaedah untuk membungkus serbuk dipercayai dadah untuk mengaburi kegiatan pengedarannya, seorang lelaki ditahan melalui serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah rumah di Taman Sam Hoe di Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, serbuan ke atas lelaki berusia 31 tahun pada 29 Julai lalu berjaya merampas 131 peket plastik minuman berperisa disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 880.70 gram sebungkus.

Katanya, turut dirampas daripada suspek adalah tiga botol plastik disyaki mengandungi serbuk ekstasi 1,238.5 gram, tiga peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki ketamin dengan anggaran berat 4.5 gram dan empat foil aluminium merah silver mengandungi dadah disyaki pil eramin 5 dengan anggaran berat kasar 11.2 gram.

“Selain itu, turut dirampas adalah satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis pil ekstasi anggaran berat kasar 61.2 gram serta sebuah kereta jenis Proton Saga untuk sitaan serta seutas rantai emas beserta loket dan wang tunai berjumlah RM2,300.

“Keseluruhan nilai rampasan dan sitaan dianggarkan berjumlah RM387,897.64,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Ujarnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala hasil saringan air kencing positif dadah jenis ketamin.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dikenakan tahanan reman selama tujuh hari sehingga semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI