fbpx

Kes cuti bersalin doktor wanita selesai, hanya memo lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly berucap pada Majlis Peluncuran Hari Pertama Kehidupan Kanak-Kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kes cuti bersalin yang melibatkan sekumpulan doktor wanita yang kononya jumlahnya dihadkan, telah pun diselesaikan sebelum ini dan kembali tular di laman sosial baru-baru ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut menegaskan bahawa memo dalaman tersebut hanya berkait isu sumber manusia.

“Isu ini telah lama selesai dan kita sudah menempatkan sementara pegawai perubatan dari beberapa klinik sekitar bagi menampung ketiadaan mereka.

“Memo yang tular itu cuma dalam proses bagi mencari penyelesaian oleh pegawai kesihatan daerah untuk menangani isu staf bersalin.

“Kita mengakui sentiasa berdepan dengan cabaran (kekurangan petugas) yang bermusim, namun kementerian tetap tunjuk empati kepada kakitangan wanita terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal dengan tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengehadkan tempoh cuti bersalin.

Presidennya, Adnan Mat berkata, isu itu mendakwa pegawai terbabit hanya diberikan cuti selama 60 hari pada Jun dan Julai lalu berbanding 90 hari yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI