fbpx

Polis siasat kaitan pedofilia dalam kes culik Albertine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK kes penculikan Albertine ditahan semula oleh polis hari ini kerana memiliki bahan lucah termasuk melibatkan kanak-kanak di kediamannya.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lalu di Iskandar Puteri di sini dengan jenayah pedofilia.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, ini berdasarkan penemuan alat mainan seks dan bahan pornografi kanak-kanak di kediaman suspek yang berusia 31 tahun tersebut.

Polis percaya motif kes penculikan itu akan diketahui dalam waktu terdekat.

“Berhubung kes ini, siasatan terhadap suspek masih berjalan. Kita tangkap semula suspek selepas mendapati ada petunjuk baharu iaitu peralatan seks.

“Fokus siasatan kini menjurus kepada petunjuk baharu itu dan kita harap dapat kenal pasti motif dalam masa beberapa hari lagi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan ahli keluarga mangsa menarik semula laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

“Tiada laporan polis yang ditarik, kes ini sedang disiasat dan proses siasatan berjalan seperti biasa. Siasatan mendapati suspek bergerak seorang diri dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan jenayah,” ujarnya.

Kumar memberitahu tiada keperluan untuk mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi kerana laporan dibuat sebelum ini mengesahkan Albertine selamat dan tidak diapa-apakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI