fbpx

Kejatuhan pasaran saham hanya bersifat sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejatuhan pasaran saham bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga merentasi pasaran-pasaran lain di seluruh dunia -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kejatuhan pasaran saham tempatan pada Jumaat dan awal minggu ini dilihat hanya bersifat sementara, kesan daripada pembetulan kepada kedudukan perdagangan pelabur, sebagai respons daripada perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kejatuhan tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia, malah merentasi pasaran-pasaran lain di seluruh dunia.

“Ada beberapa perkembangan yang berlaku, kita nampak unjuran di AS kadar pengangguran sedikit tinggi dan tahap keyakinan menurun, jadi ekspektasinya ialah AS akan memotong kadar faedah.

“Pelabur akan menempatkan semula kedudukan perdagangan yang telah diambil sebelum ini. Ia bersifat jangka pendek, kadang-kadang lebihan pembetulan akan berlaku dan kita nampak hari ini Bursa Malaysia sudah kembali naik.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting dan dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia memang kuat, kita berada di landasan baik dan insha-Allah akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan KWAP Inspire 2024 di sini.

Petunjuk utama Bursa Malaysia, FBM KLCI menyaksikan kejatuhan besar pada Isnin untuk mencecah 1,532.24 mata selepas ditutup pada 1,611.05 pada Jumaat, susulan kebimbangan bahawa AS berkemungkinan menuju kemelesetan yang mencetuskan langkah penghindaran risiko secara besar-besaran.

Pada pukul 11 pagi, FBM KLCI merekodkan peningkatan 1.43 peratus untuk mencapai 1,557.90 mata.

Mengulas mengenai prestasi ringgit, Amir Hamzah berkata, pengukuhan yang disaksikan tidak hanya disebabkan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh AS, tetapi juga hasil usaha pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

“Kita nampak keyakinan terhadap Malaysia sedang meningkat, kerana itulah banyak perkembangan baik berkenaan ringgit,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI