fbpx

Juruterbang warga New Zealand dibunuh di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota polis memegang poster Conning. - Foto Polis Indonesia

JAKARTA  –  Seorang juruterbang helikopter dari New Zealand dibunuh di wilayah  Papua, Indonesia,  kata polis seperti laporan Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Polis berkata, Glen Malcolm Conning, 50, dibunuh oleh kumpulan prokemerdekaan dikenali sebagai Pertubuhan Papua Merdeka (OPM).

Jurucakap OPM, Sebby Sambom memberitahu BBC bahawa dia tidak dapat mengesahkan dakwaan pihak berkuasa Indonesia.

Ia berlaku hampir setahun setengah selepas penculikan seorang lagi juruterbang dari New Zealand, Phillip Mehrtens yang masih belum dibebaskan.

Pihak berkuasa berkata, Conning dibunuh oleh kumpulan sama yang  menahan Mehrtens.

Menurut polis dalam satu kenyataan, warga New Zealand itu terbunuh apabila kumpulan  pemberontak menyerbu helikopter yang mendarat di sebuah kawasan terpencil di wilayah Papua Tengah.

Ketika serbuan, Conning berada bersama empat penumpang yang merupakan pekerja syarikat swasta di dalam helikopter tersebut tetapi mereka dilaporkan selamat.

Jurucakap operasi khas polis Papua, Bayu Suseno berkata, mayat juruterbang itu dibakar bersama helikopternya di daerah Alama. Daerah itu hanya boleh diakses dengan menggunakan pesawat tersebut.

Pada Februari 2023, pejuang pemisah di wilayah Papua telah menculik Mehrtens, 37, sejurus selepas dia mendaratkan sebuah pesawat ringan di kawasan pergunungan terpencil di Nduga untuk menurunkan penumpang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI