fbpx

Ibu terlantar, aku sendirian uruskan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robiah (kanan) menjaga ibunya, Khatijah yang terlantar akibat diabetes kronik ketika ditemui di Kampung Baru Tok Jembal, Kuala Nerus baru-baru ini.

KUALA NERUS – Seorang wanita tabah menjaga ibu kandungnya yang kudung kaki kiri akibat komplikasi diabetes biarpun serba kekurangan.

Robiah Sulaiman, 35, berkata, penyakit diabetes ibunya, Khatijah Che Mat, 69, semakin kronik sehingga kaki kirinya dipotong pada 2018.

“Sejak itu, ibu saya kehilangan pekerjaan sebagai pekerja am dan hanya terlantar di atas katil.

“Selain menghidap diabetes kronik, ibu juga menghidap pe­nyakit jantung dan darah tinggi selain kedua-dua belah matanya kini mula kabur,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Tok Jembal di sini baru-baru ini.

Robiah berkata, ibunya juga perlu disuntik insulin bagi me­ngawal diabetes.

Ibu kepada dua anak berusia enam dan tujuh tahun itu memberitahu, dia menyara keluarga dengan berniaga sayur di Pantai Tok Jembal di sini dengan pendapatan RM25 sehari selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Robiah berkata, mereka sekeluarga terpaksa berjimat cermat demi kelangsungan hidup.

Ujar Robiah, selain perlu membeli jarum suntikan insulin, ibunya juga memakai lampin pakai buang.

“Sejak akhir-akhir ini, kami semakin kesempitan wang sehingga anak kedua saya, Muhammad Azrol Azmi terpaksa berhenti pra sekolah kerana tidak mampu membayar yuran bulanan.

“Apapun saya sentiasa berdoa agar rezeki kami dimurahkan agar boleh membeli katil khas untuk ibu dan menyekolahkan semula Muhammad Azrol,” ­katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumba­ngan menerusi akaun Bank Rak­yat milik Khatijah bernombor 2250691613 atau menghubungi Robiah di talian 011-6419 0352 pada bila-bila masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI