fbpx

Ibu anak, pasangan kekasih antara ahli sindiket dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumar (dua dari kanan) menunjukan bermacam jenis dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) ,Johor Bahru. di sini hari ini. Foto olejh BAAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pasangan ibu dan anak serta sepasang kekasih merupakan antara lima suspek yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di kawasan Johor Bahru dan Seri Alam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kelima-lima suspek berusia 28 hingga 59 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan pada 31 Julai lalu.

Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.85 juta yang terdiri daripada 10.9 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 95 gram (g) ketamin; 3.45g syabu; 24.12g pil ekstasi dan 155g pil eramin 5.

“Selain itu, polis turut merampas empat buah kereta, sebuah motosikal, seutas jam tangan bernilai RM20,000, wang tunai berjumlah lebih RM78,000 serta barangan kemas bernilai RM52,735.

“Kesemua rampasan dalam serbuan tersebut bernilai RM2.38 juta,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kumar, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket berkenaan telah bergiat aktif sejak sebulan lalu dan dikesan membawa masuk dadah dari luar negara sebelum dibungkus semula menggunakan bungkusan jenama minuman popular tempatan untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua suspek kini sedang direman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI