fbpx

Hidup Bella Astillah sekarang lebih tenang, belajar silap lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

PETALING JAYA – Hampir tiga bulan bercerai dengan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah kini berada dalam fasa lebih tenang dengan kehidupan bersama anak-anaknya.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, kekuatan dimilikinya pada hari ini merupakan hasil daripada sokongan yang diberikan individu sekeliling khususnya keluarga tercinta.

“Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang, ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak, kini terasa lebih tenang, alhamdulillah.

“Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik jenama produk kesihatan.

Tambahnya, dia percaya bahawa setiap dugaan yang dikirimkan Tuhan mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Sebenarnya apa pun yang terjadi dalam hidup kita terutama orang-orang yang pernah hadir, semuanya bersebab.

“Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada juga membawa pengajaran atau peringatan dalam hidup kita.

“Jadi, kita hanya perlu reda dengan takdir dan belajar daripada kesilapan hidup. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” ujarnya.

Meskipun sudah melalui pelbagai dugaan terutama konflik rumah tangga, dia mengakui sudah berlapang dada menerima semua yang berlaku pada masa lalu.

“Macam yang saya lalui sekarang, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup ini seperti biasa.

“Paling penting saya masih ada kedua orang tua dan anak-anak dalam hidup saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz pernah berkahwin pada 9 September 2016 namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI