fbpx

Harimau Malaya ‘wajib’ juara Pestabola Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Firdaus (kanan) berharap Harimau Malaya mampu muncul juara Pestabola Merdeka kali ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap Harimau Malaya mampu lakar kejutan muncul juara Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 hingga 8 September depan.

Naib Presiden FAM, Mohd. Firdaus Mohamed percaya skuad kendalian Pau Marti sudah belajar daripada kesilapan tahun lalu apabila menamatkan saingan dengan status naib juara.

“Semestinya dalam Pestabola kita letak sasaran sebagai juara.

“Macam tahun sudah pun kita letak sasaran sebagai juara, jadi maknanya tiada alasan untuk kita tidak menjadi juara pada edisi kali ini,” kata pada majlis undian di Wisma FAM sebentar tadi.

Pada sesi undian tersebut, skuad Harimau Malaya diundi bertemu Filipina manakala Lebanon akan menentang juara bertahan, Tajikistan pada aksi pertama 4 September depan.

Pasukan pemenang akan mara ke final bagi perebutan juara manakala yang tewas akan bermain untuk tempat ketiga dan keempat.

Sebagai rekod, skuad negara terpaksa akur apabila tewas 0-2 kepada Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka edisi 2023.

Sementara itu, FAM turut mengumumkan penjualan tiket kombo berharga RM70 bagi menyaksikan kesemua empat perlawanan Pestabola Merdeka 2024 yang dijual bermula esok hingga 20 Ogos 2024 menerusi laman www.tickethotline.com.my.

Bagi tiket biasa pula akan dibuka jualan bermula 21 Ogos 2024 sehingga ke hari perlawanan bermula RM5 hingga RM80 mengikut kategori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN