fbpx

‘Go Team Malaysia!’ – Michelle Yeoh ucap tahniah buat ChiaSoh, LZJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenang Oscar yang juga anak kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh berbangga dengan kejayaan pemain badminton negara.

PETALING JAYA – Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, pelakon terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga tidak dapat menahan keterujaannya untuk meraikan kemenangan atlet badminton negara yang berjaya meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Paris.

Menerusi hantaran dalam akaun Instagram, Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng, 62, merakamkan ucapan tahniah buat pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Woo Yik serta pemain perseorangan, Lee Zii Jia kerana berjaya mengharumkan nama negara.

“Tahniah! Saya sangat bangga dan gembira dengan atlet Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara badminton di Olimpik Paris. Go Team Malaysia,” tulisnya.

Pelakon filem Crazy Rich Asian itu juga dilihat mengucapkan tahniah kepada bintang tenis sensasi, Novak Djokovic yang berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan tenis.

Ucapan Michelle buat atlet dari Serbia itu menjadi persoalan netizen kerana pada hari yang sama, Malaysia turut meraih pingat pertama menerusi acara badminton namun, tiada ucapan daripadanya.

“Malaysia baru memenangi pingat pertama. Sepatah dua kata? Tulis netizen dalam hantaran tersebut.

Selepas dia berkongsi tentang kejayaan atlet Malaysia, barulah netizen menghela nafas lega.

“Akhirnya ucapan buat atlet Malaysia. Terima kasih kerana menghargai atlet-atlet Malaysia,” tulis salah seorang netizen.

Terdahulu, pada Ahad lalu atlet badminton beregu negara berjaya menewaskan pemain beregu dari Denmark sekali gus mengulangi pencapaian mereka di Tokyo edisi lalu.

Malam tadi, pemain perseorangan, Lee Zii Jia pula berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik apabila menewaskan atlet dari India, Lakshya Sen.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI