fbpx

Gangsa pun bukan senang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zii Jia maraih pingat gangsa kedua negara pada perlawanan penentuan pingat tersebut di Olimpik Paris 2024 yang berlangsung semalam.

PETALING JAYA – Kemenangan Lee Zii Jia ke atas pemain India, Lakshya Sen diibarat mengubat hati peminat sukan badminton apabila rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat jaguh negara itu.

Mana tidaknya, penat jerih Zii Jia berjaya menundukkan Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 berjaya membuahkan hasil apabila memenangi pingat gangsa dalam perlawanan sengit yang berlangsung malam tadi.

Kejayaan Zii Jia dalam merangkul pingat gangsa merupakan hadiah istimewa kedua disumbangkan oleh atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selain pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Walaupun pingat gangsa, namun penat jerih pemain dalam membawa nama negara ke persada antarabangsa bukanlah satu tugas yang mudah apatah lagi perlu bersaing dengan atlet-atlet yang berada di ‘ranking top 10’ dunia.

“Gangsa pun bukan senang. Terima kasih atas kesungguhan dan kerja keras anda. Pedulikan yang pernah menghina, hanya diri sendiri tahu bertapa susahnya berjuang sampai ke akhirnya,” kata Adnanrizuan3101.

“Tahniah Zii Jia bawa gangsa kedua buat negara. Harap anda akan lebih cemerlang lagi selepas ini,” komen sakrie5304.

“Gangsa pun hadia besar untuk negara. Teruskan berjuang buat atlet Malauysia di Paris,” kata bob_vincci.

Terdahulu, pingat pertama disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI