fbpx

Gadis bawa vape semasa menunaikan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita itu menceritakan pengalamannya sambil ketawa. - TikTok @ruang_nalar

JAKARTA  – Seorang pesohor media sosial mengundang kecaman orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia membawa vape ketika mengerjakan umrah, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ruang_nalar, wanita bernama Lula Lahfah itu menceritakan pengalamannya ketika dimarahi oleh  sekumpulan kanak-kanak kerana memegang vape. 

“Saya tengah berjalan tiba-tiba ada seorang kanak-kanak marah dan jerit ‘haram’. Saya dimarah gara-gara memegang vape,” kata Lula sambil ketawa. 

Lula Lahfah yang mempunyai 2.3 juta pengikut di laman Instagram berkata, ini adalah kali pertama dia mengerjakan umrah. 

Dia juga tidak tahu penduduk di Madinah jarang menggunakan rokok elektronik. 

“Saya hanya memegang dan tidak menghisap vape. Saya pun tidak tahu kenapa dikatakan haram,” katanya. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 517,000 tontonan. 

“Tak sangka ternyata masih ramai orang yang tak tahu,” sindir netizen. 

“Sebab itu mengapa pentingnya ilmu agama,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI