fbpx

Fokus isu lain kemudian, buat masa ini raikan kemenangan dahulu – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (kanan) minta semua pihak bersatu hati raikan kejayaan Zii Jia.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan segala ganjaran dan sokongan kewangan untuk pemain perseorang lelaki, Lee Zii Jia akan disenaraikan dan dibentangkan pada masa yang sesuai.

Beliau berkata, ketika ini dia meminta semua pihak bersatu hati meraikan kejayaan Zii Jia memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris, 2024 terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu lain.

“Meraikan Lee Zii Jia, pemenang pingat gangsa kedua kita untuk Paris 2024! Perbincangan tentang bersama persatuan berbanding menjadi pemain bebas boleh tunggu untuk hari lain.

“Buat masa ini, mari kita raikan kemenangan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu Hannah turut menghargai perjuangan Zii Jia yang dikatakan merupakan satu perjalanan yang panjang untuk memperoleh pingat gangsa tersebut semalam.

“Ya, memang ada sejarah dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), ya, dia sekejap dalam RTG (Road to Gold) dan kemudian dia memutuskan sebaliknya dan kini dia bebas sepenuhnya.

“Tetapi bolehkah kita sebagai sebuah negara berhenti sejenak dan meraikan hakikat bahawa anak muda ini sudah menempuh perjalanan yang panjang, bangkit semula dan kini berjaya ke podium Olimpik?” katanya.

Terdahulu, Zii Jia memenangi pigat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen dalam pertarugan tiga set 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI