fbpx

Eyka Farhana balik umrah tayang paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA Farhana kembali seksi walauoun selepas mengerjakan umrah.

PETALING JAYA – Baru sahaja pulang dari Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah, pelakon sensasi Eyka Farhana kembali dihambat kecaman selepas dilihat berpakaian seksi sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.

Jika sewaktu beribadah dia berkongsi keindahan ibadah berjubah dan bertudung litup, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, hanya selesa memakai busana minimalis menampakkan bahagian pahanya sewaktu menonton pertunjukan fesyen rekaan Alia Bustaman.

Tindakan Eyka yang seperti yang tiada perubahan biarpun sudah menunaikan umrah mendapat cemuhan netizen.

“Pergi umrah bertutup litup, balik umrah pakai skirt pendek. Kadang-kadang rasa artis pergi umrah sekadar untuk bercuti,” komen netizen.

“Sekurang-kurangnya dalam sebulan dua ini pakailah pakaian yang sopan sedikit,” komen seorang lagi netizen.

Selain terkenal dalam bidang lakonan, wanita bertubuh genit ini juga merupakan pempengaruh dalam bidang fesyen dan kecantikan.

Wajahnya sering menghiasi kempen-kempen jenama antarabangsa dan dia sememangnya sinonim dengan imej seksi.

Eyka juga dilihat berjalan di atas pentas KLFW sebagai ‘muse’ untuk jenama produk kecantikan L’Oreal Paris.

Terdahulu, pada pertengahan Julai lalu, Eyka dan beberapa orang rakan selebriti termasuklah Bella Astillah dan Ezaidi Aziz telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Ketiga-tiga mereka terlibat dengan drama terbaru berjudul Satu Hari Nanti yang kini sedang dalam penggambaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI