fbpx

EPL: Maresca dapat sokongan Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA perlu diberikan peluang dan masa untuk membantu Chelsea mencapai semula potensi dan reputasi mereka sebelum ini. - AFP

OHIO – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya rakan sejawatnya, Enzo Maresca mempunyai kualiti untuk menjulang Chelsea meraih keputusan lebih cemerlang pada musim 2024/25.

Guardiola cukup mengenali Maresca yang pernah membantunya selama setahun bermula Jun 2022 dan bertegas pengurus itu tidak wajar dikritik di atas kekalahan 2-4 kepada City pada perlawanan persahabatan kelmarin.

“Saya mahu katakan yang semua ini (kekalahan Chelsea) berlaku kerana permukaan padang. Dalam keadaan biasa, ia pasti tidak akan berlaku dan saya pasti semua ini tidak akan terjadi di Stamford Bridge.

“Keduanya, saya dapat lihat apa yang Enzo mahu lakukan dan saya begitu menyukainya. Pujian ini bukan disebabkan dia adalah kawan saya yang pernah bantu saya raih meraih gelaran trebel.

“Saya lihat banyak perkara yang saya rasa dia akan lakukan. Jika latihan belum lagi sempurna dan hanya berlatih dua minggu, adakah kamu berharap mereka akan menjuarai Liga Juara-Juara?

“Sudah pastinya tidak. Saya salah seorang penyokongnya dan saya tahu dia akan lakukannya tugasnya dengan baik,” katanya.

Pada aksi persahabatan kelmarin, Erling Haaland mula mempamer kemampuan sebenar apabila mencipta hatrik diikuti satu gol daripada Oscar Bobb, manakala Raheem Sterling dan Noni Madueke menyumbangkan kedua-dua gol The Blues.

“Ia akan jadi sukar untuk mendapatkan keputusan baik di Stamford Bridge. Dia juga sudah lakukan tugas dengan baik di Leicester City dan saya percaya dia akan buat perkara sama bersama Chelsea,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI