fbpx

EEHB sasar jana hasil RM101.5 juta daripada IPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oliver Yeo (kiri) pada majlis pelancaran prospektus EEHB di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Elridge Energy Holdings Berhad (EEHB) menjangkan hasil diperoleh daripada terbitan awam awal (IPO) bersempena perancangannya untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad adalah sebanyak RM101.5 juta.

Pengarah Eksekutif dan Ke­tua Pegawai Eksekutifnya, Oliver Yeo berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM47 juta akan digunakan untuk pembe­lian tanah dan pembinaan kilang dan gudang baharu di Kuantan manakala RM21.1 juta akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan baru.

Selain itu, sebanyak RM27 juta daripada peruntukan tersebut akan digunakan sebagai modal kerja, baki RM6.3 juta pula akan diperuntukkan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

“Peningkatan permintaan global untuk sumber tenaga boleh baharu telah membawa kepada peningkatan permintaan untuk produk bahan api biojisim, khususnya di Asia Pasifik.

“Malaysia memiliki sumber perhutanan semula jadi yang kaya dan sektor pertanian yang kukuh didorong oleh tanah yang subur dan iklim tropika dan ini menjadikan negara sebagai antara pembekal utama produk bahan api biojisim seperti tempurung isirong sawit dan pelet kayu.

“Perkembangan pasaran yang positif ini menunjukkan potensi produk bahan api biojisim, yang diiktiraf kerana kecekapan tenaga dan manfaat alam sekitarnya selain menyumbang secara signifikan kepada keperluan tenaga global dan matlamat alam sekitar,” katanya dalam kenya­taan di sini.

Tambah Yeo, sebagai pe­neraju pasaran dalam pengeluaran produk bahan api biojisim berkualiti tinggi yang mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau, pihaknya bersedia untuk memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang untuk penyelesaian tenaga boleh baharu yang mampan dan mesra alam.

“Penyenaraian ini adalah penting untuk EEHB, kerana ia memberikan peluang berharga untuk meningkatkan keupayaan kami dan menonjolkan lagi kehadiran kami di rantau ini.

“Ia juga membolehkan kami mencipta nilai untuk pemegang kepentingan dan membolehkan kami memanfaatkan pelanggan baharu serta mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam dari segi kualiti produk,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI