fbpx

Chong Wei tak sabar tunggu aksi Zii Jia di Los Angeles 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia.

PETALING JAYA – Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang memperoleh pingat gangsa dalam sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Cong Wei dalam hantaran di Instagram Story berkata, beliau juga tidak sabar untuk melihat aksi Zii Jia di Sukan Olimpiknya seterusnya iaitu di Los Angeles 2028 (LA2028).

“Syabas Lee Zii Jia atas pingat yang layak dimenangi, perjalanan anda tidak mudah dan semua orang berbangga dengan awak, tak sabar untuk pengembaraan anda yang seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena semalam.

Pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini.

Untuk rekod, Chong Wei merupakan atlet badminton negara paling berjaya di Sukan Olimpik apabila membawa pulang pingat perak dari Sukan Olimpik bermula edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI