PETALING JAYA – Gelagat dua pelajar perempuan berlainan bangsa sedang menikmati makanan di kantin sebuah sekolah ‘mencairkan’ hati seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian video salah seorang pekerja di kantin berkenaan yang dikenali sebagai Eddy, kedua-dua pelajar itu kelihatan bahagia menikmati sebungkus nasi bersama-sama menggunakan tangan.
Rata-rata orang ramai gembira dengan keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelajar terbabit dan menyifatkan ia adalah momen yang sangat ‘mahal’.
“Video ni sangat mahal harganya. Rindu zaman ni,” luah @Mr Raden.
“Momen ni dah lama tak dapat tengok. Zaman 90-an waktu sekolah kebangsaan, Cina, Melayu dan India memang rapat. Kalau mencarut tu, tiga bahasa keluar,” kongsi @ApairuzShop.
“Wow, budak India dan Melayu makan sama-sama. Memang hebat la,” kata @faz.
Sehingga kini, video berkenaan meraih hampir 30,000 tanda suka sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE
@callme._eddy❤️