fbpx

Budak 9 tahun pandu Toyota Rush langgar 4 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenama Toyota Rush yang dipandu oleh kanak-kanak terbabit. - Arsip Istimewa

JAKARTA  –  Seorang budak lelaki berumur  9 tahun ditahan selepas memandu kereta sehingga melanggar beberapa kenderaan lain dalam kemalangan di Kemang, Jakarta Selatan, lapor saluran berita CNN kelmarin. 

Pegawai polis tempatan, Ade Ary Syam berkata, kanak-kanak terbabit memandu kereta jenama Toyota Rush 5S.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu terbabas dan merempuh tiang lampu isyarat berhampiran restoran makanan segera McDonald’s di Kemang. 

“Kira-kira dua kereta dan empat motosikal turut dilanggar oleh kanak-kanak terbabit,” kata Ade. 

Tambah pegawai polis berkenaan, kenderaan itu dipercayai dipandu dari Perumahan Destap Jalan Bangka tanpa pengetahuan pemiliknya. 

“Dia mengambil kunci dari rumah pemilik lalu memandu kereta yang diletakkan di tepi jalan,” ujar Ade. 

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala kereta itu dibawa ke Balai Polis Jakarta Selatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI