fbpx

Belanjawan 2025: KPDN laksana sesi libat urus bersama pelbagai pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tiga kanan) ketika merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di sini, hari ini.

SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak bagi Belanjawan 2025 ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sesi libat urus berkenaan diadakan bagi memperoleh pelbagai input bagi menangani permasalan melibatkan isu kos sara hidup.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua kementerian mengadakan sesi dialog bagi memfokuskan isu berkenaan pada Belanjawan kali ini.

“Dua minggu lepas Perdana Menteri arahkan libat urus dialog Belanjawan masing-masing (kementerian).

“Kita (KPDN) sudah laksanakan dua sesi libat urus dialog Belanjawan kita buat secara berasingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di sini, hari ini.

Jelasnya, KPDN juga akan membentangkan setiap dapatan daripada sesi dialog itu secara nota kepada kepada Jemaah Menteri memandangkan ia juga perlu diperhalusi secara bersama dengan kementerian terlibat.

“Apa yang saya ingin sebut antara perkara penekanan KPDN, gerakan ke depan kita dalam tangani isu kos sara hidup ini bukan hanya tertumpu kawalan harga barang dan perkhidmatan.

“Tetapi kena lihat pada aspek peningkatan dan penciptaan pendapatan rakyat. Bukan hanya sebagaimana sebelum ini tumpuan kita perlu kawal harga kawal harga barangan perkhidmatan tetapi penting juga aspek untuk tingkatkan pendapatan untuk rakyat,” ujarnya.

Hari ini, Kosmo! melaporkan, kerajaan akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 oktober ini.

Anwar berkata, perkara itu adalah isu yang menjadi kebimbangan rakyat walaupun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan demi memperbetulkan semula ekonomi negara ke landasan betul.

Beliau berkata, dalam hal itu, kerajaan akan mencari punca-punca kepada peningkatan harga barang di samping menangani masalah kartel dan monopoli pihak-pihak tertentu yang menguasai pasaran barangan keperluan asas termasuk menentukan kos-kos input pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI