fbpx

Kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam diumum bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penduduk pada Majlis Pelancaran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM), di PPAM Piksel Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan ini akan mengumumkan beberapa kaedah kasar berkaitan kenaikan gaji penjawat awam.

Beliau berkata, kaedah pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu secara lengkapnya pula, akan diumumkan Oktober depan menerusi Belanjawan 2025.

“Dalam masa beberapa minggu ini saya akan umumkan beberapa kaedah kasar dan akan menjadi sejarah dalam Malaysia walaupun ada suara-suara pembangkang yang tidak pernah bersyukur,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM Madani), di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar menegaskan, semua penjawat awam perlu melaksanakan tugas jauh lebih baik setimpal dengan apa yang bakal diperolehi kelak.

“Tiga faktor utama diambil kira sebelum penyelarasan diputuskan, antaranya negara membangun tetapi selama 12 tahun tidak ada kajian kenaikan gaji walaupun kerajaan silih berganti.

“Kedua, kerana mengiktiraf peranan mereka, manakala ketiga dan paling penting kita mahu mereka berkhidmat jauh lebih baik kepada rakyat setimpal dengan gaji mereka,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, penjawat awam boleh menyemak kadar baharu gaji bermula minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd. Shaiful Ibrahim berkata, perincian mengenai mekanisme pelarasan gaji itu akan diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 16 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI