fbpx

Bastianini tak anggap diri pencabar utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI kekal berada di kedudukan ketiga carta keseluruhan biarpun meraih kejayaan berganda di GP British malam kelmarin. - AFP

SILVERSTONE – Pelumba Ducati, Enea Bastianini yang melakukan kejutan melengkapkan kemenangan berganda dengan menjuarai Grand Prix (GP) British lewat malam kelmarin mengakui dia bukanlah pencabar utama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Biarpun ketinggalan 50 mata, Bastianini sedia memikirkan semula untuk mencabar gelaran dunia MotoGP 2024 sekiranya dia mampu mencipta magis mengekalkan momentum kemenangan dalam baki 10 perlumbaan akan datang.

Ketika ini, Bastianini menduduki tangga ketiga keseluruhan apabila mengumpul 192 mata, ketinggalan 49 mata di belakang Jorge Martin dari Pramac Racing dan 46 mata dengan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.

“Buat masa ini, saya tidak fikir saya seorang pencabar kejuaraan. Pecco (Bagnaia) dan Jorge (Martin) lebih konsisten daripada saya dalam setiap perlumbaan dan kedua-dua pelumba ini sentiasa berada di atas.

“Kadang-kadang saya merasakan sesuatu tetapi masih ketinggalan. Jika saya mahu menjadi pencabar gelaran, saya perlu memperbaiki ke arah itu.

“Saya mahu terus seperti ini dalam baki perlumbaan akan datang. Jika di penghujung kejuaraan saya mempunyai peluang seperti ini, kita akan lihat bagaimana nanti,” katanya yang akan menyertai KTM musim depan.

Hasil keputusan tersebut, Martin yang sebelum ini ketinggalan 10 mata di belakang Bagnaia, kini berjaya memintas kembali pelumba Itali itu selaku pendahulu keseluruhan.

Martin kini mendahului dengan tiga mata, manakala juara bertahan Bagnaia jatuh di tangga kedua sementara Bastianini mengekalkan kedudukannya di tangga ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI