fbpx

Atuk 71 tahun cabul anak asuhan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 71 tahun itu diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk pada pukul 5 petang.

“Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat susulan laporan polis oleh ibu mangsa berusia 39 tahun yang mendakwa anak perempuannya telah dicabul suspek.

“Siasatan mendapati, suspek dalam kejadian ini adalah suami kepada bekas pengasuh kanak-kanak itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI