PARIS – Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati tular di Olimpik Paris 2024 selepas gagal melepasi palang disebabkan oleh alat sulitnya.
Peserta Perancis berusia 21 tahun itu kelihatan tidak mempunyai masalah untuk melepasi ketinggian 5.7 meter pada percubaan ketiga sehinggalah alat sensitif itu ‘tersangkut’ pada palang, Sabtu lepas.
Insiden itu menyebabkan penonton ketawa terbahak-bahak.
“Anthony Ammirati gagal melepasi palang dan pengulas sukar untuk menyatakan apa yang berlaku. Tolong, saya tidak boleh berhenti ketawa,” kata seorang pengguna media sosial di laman X.
“Oh dia bawa roti (alat sulit) tersebut bersamanya,” kata seorang peminat pula.
Ammirati telah pun melepasi dua had ketinggian sebelum alat sulit itu menghalang kemaraannya.
Dia akhirnya menamatkan percubaan pada kedudukan ke – 12 dalam Kumpulan A dengan ketinggian 5.60 meter. – AGENSI