fbpx

Anak punca ibu jadi kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANISAH menunjukkan sebahagian pokok ros Jepun yang terdapat di taman mininya di Kampung Gong Lilit, Besut semalam.

BESUT – Minat ‘main-main’ akhirnya menjana pendapatan RM5,000 dalam tempoh tiga minggu.

Itulah rezeki seorang suri rumah, Hanisah Mohamad, 49, apabila hobi menanam pokok ros Jepun memberi rezeki terpijak buatnya sekeluarga.

Katanya, dia mula menjual keratan batang pokok tersebut sejak setahun lalu dan tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh negara.

“Saya bina taman mini untuk tanam 140 spesies ros Jepun seperti tiara, carnation, grandy dan jambul seluas 0.1 hektar di laman rumah kerana minat dengan kecantikan bunganya.

“Selepas itu, saya mula jual keratan batang pokok pada harga RM2 selepas dica­dangkan anak-anak. Tak sangka ia menjadi hingga saya dapat RM5,000 dalam tempoh tiga minggu,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Lilit di sini semalam.

Menurut Hanisah, keratan pokok itu dibeli oleh pelanggan dari seluruh Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sela­ngor dan Johor.

Tambahnya, ramai meminati pokok itu kerana kecantikan bunganya yang berwarna-warni seperti merah, putih, kuning, ungu dan oren.

“Ia mudah ditanam kerana cepat membiak dan berkembang secara keratan batang. Bunganya makin subur bila terdedah kepada cahaya matahari,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI