fbpx

Amaran hujan di 3 negeri menjelang tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan melanda tiga negeri sehingga tengah hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi).

Ujarnya, di Perak antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) sehingga 12 tengah hari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI