fbpx

Aksi JDT, Selangor ‘dream final’ Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tiada masalah untuk menjinakkan KDA dengan kemenangan 5-1 secara agregat sekali gus mara ke final Piala FA musim ini. - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) gembira dan teruja apabila bakal bertemu Selangor FC pada perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Hector Bidoglio menganggap perlawanan antara kedua-dua gergasi itu semestinya dinanti-nantikan semua peminat bola sepak tempatan.

“Final menentang Selangor adalah ‘dream final’. Semua akan ditentukan dalam tempoh 90 minit. JDT bagaimanapun harus kekal fokus dengan terus meningkatkan kualiti permainan.

“Saya percaya pemain-pemain sudah bersedia untuk berdepan perlawanan itu walaupun tidak dinafikan ia akan menjadi satu aksi yang sukar,” katanya selepas mencatat kemenangan 5-1 secara agregat ke atas KDA.

Mengulas lanjut, biarpun menang 3-0, namun Bidoglio merasakan perlawanan itu lebih sukar berbanding separuh akhir pertama ketika menewaskan KDA 2-1 di Stadium Darulaman, Alor Setar pada 19 Julai lalu.

“Kedah (KDA) bermain dengan baik pada separuh masa pertama dengan JDT gagal mendapatkan sebarang jaringan walaupun mempunyai beberapa peluang berbuat demikian.

“Kita akan bertemu semula dengan KDA dalam perlawanan Liga Super pada 9 Ogos depan. Itu juga pastinya satu perlawanan yang menarik dan kita akan bersedia,” ujarnya.

Pengendali KDA FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati kerana pemainnya telah memberikan yang terbaik apabila berjaya mengekang asakan JDT pada 45 minit pertama perlawanan.

“Daripada segi persembahan, kita mampu beri saingan, namun kita tewas dengan JDT dari segi kualiti pemain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI