fbpx

8,846 pelajar seluruh negara terima manfaat bantuan persekolahan YBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) ketika bergambar bersama para pelajar dalam Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR RM100,000 di Dewan SMK Panchor, Seremban Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Seramai 8,846 orang pelajar dan 145 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) sehingga bulan lalu.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan berkenaan melibatkan sekolah dari 27 buah lokasi seluruh negara dengan membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.31 juta.

“Tahun ini kami memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk bantuan persekolahan seluruh negara. Kami turut membantu melalui pelbagai program lain seperti bantuan awal pengajian, tuisyen rakyat dan seminar didik rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR berjumlah RM100,000 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panchor di sini, hari ini.

Majlis penyampaian bantuan persekolahan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Pada majlis itu, seramai 1,000 pelajar sekolah di sekitar Lenggeng di sini menerima bantuan persekolahan YBR dengan penyaluran bantuan itu adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima.

“Bantuan sebanyak RM100 telah diberikan kepada setiap pelajar yang layak dalam kalangan keluarga isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40)

“Bantuan ini berobjektif dalam memberi bantuan kewangan kepada pelajar sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan pada sepanjang sesi persekolahan 2024,” katanya.

Sementara itu, Anthony Loke berkata, sokongan dan keprihatinan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan pelajar seharusnya dihargai.

“Saya berharap inisiatif baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan pendidikan mampu mengubah sosioekonomi masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI