fbpx

2,400 orang menganggur di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Kadar pengangguran di negeri ini menurun dua peratus pada suku pertama tahun ini melibatkan seramai 2,400 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, rekod itu adalah berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM).

Secara keseluruhan, kadar pengangguran nasional berada pada 3.3 peratus atau seramai 561,100 orang dalam tempoh sama.

“Berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari Januari hingga 5 Julai lalu, seramai 124 pekerja di Perlis kehilangan pekerjaan dengan 24 daripada mereka berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan.

“Perkeso juga mencatatkan seramai 236,274 pencari kerja di portal MYFutureJobs seluruh negara sepanjang tempoh itu dengan 2,400 daripada mereka berasal dari Perlis,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail (Pas-Bintong) mengenai langkah dan perancangan kerajaan mewujudkan peluang kerjaya semi profesional dan profesional di Perlis.

Menurut Asrul, bagi mengurangkan kadar pengangguran di Perlis, Perkeso dan kerajaan negeri melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti kerjasama menerusi Portal MYFutureJobs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI