fbpx

Wooi Yik dedah cedera kaki sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOOI YIK (kanan) dan Aaron mempertahankan pingat gangsa beregu lelaki dimenangi pada edisi Tokyo 2020 di Paris kali ini. - IG SOH WOOI YIK

PETALING JAYA – Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik mendedahkan, dia terpaksa menahan kesakitan kaki ketika mencipta kebangkitan dramatik untuk memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Begitupun, pemain berusia 26 tahun itu mengabaikan rasa sakit tersebut dan memberikan segala-galanya untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka terutama ketika ketinggalan 16-20 di set kedua.

Pengorbanan itu menuai hasil lumayan apabila dia dan beregunya, Aaron Chia berjaya menang 16-21, 22-20, 21-19 ke atas pasangan No. 2 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada penentuan pingat gangsa di Porte de la Chapelle Arena, Paris semalam.

“Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami berdua kerana saya beraksi dengan kecederaan di kaki yang mengganggu fokus saya semasa perlawanan berlangsung. Tapi kami berjaya melakukannya dengan bantuan banyak pihak,” kata Wooi Yik. 

Biarpun gagal memenangi pingat emas yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia, namun Wooi Yik tetap berbangga kerana dapat mempertahankan gangsa dimenangi mereka sewaktu edisi Tokyo 2020.

Banyak hal terjadi di dalam hidup saya yang tidak pernah saya bayangkan sebelumnya. Mulai dari bahagia, marah, sedih dan juga haru turut menjadi perasaan yang muncul pada tiga bulan ini tetapi amat bangga kami telah mengharumkan nama Malaysia.

“Mulai dari mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi, terasa sangat berat, tidak dapat emas yang negara perlukan pasti akan ada rasa kecewa yang seringkali hinggap di dalam dada.

“Tetapi saya sedar bahawa Olimpik serupa macam apa yang kita hadapi di dalam kehidupan kita, ia bukan perkara yang berlaku kepada anda, ia tentang bagaimana anda akan bertindak balas dengannya.

“Saya amat gembira kita tidak putus asa sehingga ke saat akhir. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Team Mas yang menyokong kita di belakang,” kata Wooi Yik menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI