fbpx

[VIDEO] ‘Kereta api kena berhenti untuk pengantin baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pasangan pengantin hampir dilanggar kereta api ketika bergambar di Jambatan Kereta Api Guillemard, Tanah Merah, Kelantan.

PETALING JAYA – Gara-gara ingin mengambil gambar, sepasang pengantin sanggup merisikokan nyawa sehingga hampir dilanggar kereta api di sebuah jambatan di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik @yahobravo di TikTok, pasangan tersebut berada di tengah jambatan sambil gambar dan momen mereka dirakam oleh beberapa fotografer.

Kemudian, kelihatan dari jauh kereta api tersebut menuju ke arah pengantin baru berkenaan sambil membunyikan hon bagi memberi amaran bahaya.

Bagaimanapun, kerana pergerakkan kedua-dua suami isteri tersebut yang agak perlahan, kereta api itu terpaksa memberhentikan jenteranya bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jambatan Kereta Api Guillemard di mana lokasi tersebut menjadi lokasi tumpuan buat pengemar fotografi kerana keunikan rekaan jabatan berkenaan yang tersendiri.

Situasi itu telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial kerana dianggap membahayakan diri serta telah menyusahkan pengendali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Rata-rata mereka berharap pihak berkuasa memagar kawasan berkenaan agar tidak diceroboh oleh orang ramai.

“Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap mereka. Ni dah kira menceroboh dah ni,” komen Kamarul.

“Baru buat kenduri kahwin, jangan nak buat tahlil pula,” komen Joe.

“Perlu ke nak sampai ke tengah-tengah landasan tu. Kat depan-depan tu kan dah cukup. Nasib baik tak bersemadi kat batu dua. Ingat lah nyawa tu,” komen Ecah.

“Dah nampak kereta api laju, boleh lagi terhegeh-hegeh nak jalan. Dahlah lambat, sampai kereta api tu pula kena berhenti untuk dia,” komen Auni. – KOSMO! ONLINE

@yahobravo bahaya. #keretapi #keretapitanahmerah ♬ original sound – yahobravo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI