fbpx

UniSZA terima pengesahan akreditasi kerajaan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultanah Nur Zahirah (kiri) berkenan menerima surat pengesahan akreditasi kerajaan Arab Saudi kepada UniSZA yang dipersembah Fahad (dua dari kiri) sambil diperhati Fadzli (dua dari kanan) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima surat pengesahan akreditasi daripada kerajaan Arab Saudi yang bakal menjadi daya penarik lebih ramai pelajar negara Asia Barat tersebut melanjutkan pelajaran di universiti awam terbabit.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, pengiktirafan tersebut turut membuka jalan kepada UniSZA untuk menjalin lebih banyak kerjasama berkaitan pertukaran pengetahuan, penyelidikan bersama, dan program mobiliti pelajar dengan institusi di Arab Saudi.

“Pengiktirafan ini membuktikan kualiti tinggi pendidikan ditawarkan UniSZA yang memenuhi standard antarabangsa.

“Ia juga membuka ruang untuk memperkaya pengalaman akademik dan budaya di UniSZA,” katanya di sini
hari ini.

Terdahulu beliau dan Atase Kebudayaan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Dr. Fahad Mohammed Alsehmmeri menerima perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UniSZA semalam.

Mereka menghadap untuk mempersembahkan surat pengesahan akreditasi berkenaan kepada baginda berdua.

Fadzli berkata, pengurusan UniSZA berazam untuk terus komited meningkatkan kualiti pendidikannya selain menyediakan persekitaran pembelajaran terbaik.

Tambah beliau, delegasi Atase Kebudayaan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diketuai Fahad turut mengadakan perbincangan bersama wakil Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI