fbpx

Tersalah pingat perak, Syed Saddiq buat pembetulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran asal yang dimuat naik Syed Saddiq di Facebook.

PETALING JAYA – Selepas kontroversi triathlon bulan lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Sadddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi tumpuan apabila membuat kesilapan berhubung pingat yang diterima beregu negara, Aaron Shia-Soh Woo Yik pada Sukan Olimpik Paris, semalam.

Menerusi tangkap layar tular di media sosial, hantaran asal itu menyebut bahawa Aaron-Woo Yik berjaya memenangi pingat perak yang mana ia merupakan pingat perak kedua mereka.

Bagaimana, hantaran itu yang dimuat naik di Facebook Syed Saddiq telah dibetulkan semula selepas beliau menyedari kesilapan tersebut.

“Akhirnya, pingat gangsa menjadi milik mereka. Ini pingat pertama Malaysia di Olimpik Paris dan ini juga pingat gangsa kedua buat mereka. Tahniah pasangan Chia-Soh,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat badminton negara mula menyerbu ruangan komen bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan berseloroh atas kesilapan yang berlaku.

“Saya hadir kerana perak. Ada ‘typo’ ya tadi YB,” seloroh Shahril.

“Ada orang sempat ‘screeshot’ (tangkap layar). ‘Honest mistake’ (kesilapan jujur) katanya,” ujar Raida.

“Kalau betul tengok perlawanan mereka malam tadi, akan perasan ‘Bronze match point’. Tapi dengan yakin cakap menang pingat perak. Yang lagi yakin, pingat perak kedua. Walhal masa Tokyo 2020, mereka menang pingat gangsa,” jelas Ezany.

Semalam, Kosmo! melaporkan beregu negara itu mempamerkan kebangkitan epik meskipun ketinggalan 16-20 pada set kedua sebelum meraih enam mata berturut-turut sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI