fbpx

Tawar rawatan tradisional sebelum kebas rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Seorang wanita kerugian sebanyak RM6,000 setelah rantai emas miliknya dicuri lelaki warga emas ketika dia mahu mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu mangsa berusia dalam lingkungan 60-an mendakwa suspek mendekatinya untuk menawarkan rawatan tradisional sebelum melarikan rantai leher yang dipakai.

“Mangsa ke klinik itu untuk mengambil ubat sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional kepada mangsa.

“Mangsa menolak tawaran tersebut tetapi suspek tetap mendekatinya sebelum beredar beberapa minit kemudian,” katanya hari ini.

Menurut beliau, setelah selesai berurusan di klinik, mangsa mendapati rantai leher yang dipakai telah tiada dan mengesyaki ia dilarikan suspek.

“Ini kerana sebelum itu suspek dikatakan menegur rantai leher yang dipakai mangsa kelihatan longgar sebelum memegang aksesori itu seolah-olah mahu mengetatkannya,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Alor Setar di sini pada pukul 12.20 tengah hari semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI