fbpx

Segera selesaikan masalah kekurangan petugas kesihatan – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (Cuepacs) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan segera masalah kekurangan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan yang boleh mengakibatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara selain mengabaikan kebajikan warga kerjanya.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, keputusan untuk mengehadkan cuti bersalin hanya 60 hari berikutan kekurangan pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Hulu Langat tidak seharusnya berlaku sekiranya perkara itu diberi perhatian yang sewajarnya daripada peringkat awal.

Beliau berkata, daripada segi undang-undang perkara itu memang tidak menyalahi peraturan sedia ada, tetapi daripada sudut kebajikan kita sebenarnya telah menidakkan hak pekerja tersebut.

“Walaupun Jabatan Kesihatan Negeri memberi jaminan untuk mempertimbangkan sebarang permohonan mendapatkan cuti bersalin tambahan secara bersendiri, Cuepacs bimbang wujudnya elemen pemaksaan terhadap pegawai awam terbabit.

“Ini kerana kelulusan tersebut adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan pertimbangan ketua jabatan yang bersifat subjektif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, usaha untuk mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan petugas kesihatan tidak dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan itu.

“Cuepacs tidak mahu isu kebajikan petugas kesihatan ini diabaikan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan seperti biasa.

“Mereka ini tetap manusia yang memerlukan rehat mencukupi, melakukan aktiviti sosial yang sihat dan mempunyai keluarga yang perlu diberi perhatian juga,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan PKD Hulu Langat menetapkan cuti bersalin selama 60 hari bagi pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan daerah itu sejak 27 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Dr. Ummi Kalthom Shamsudin berkata, keputusan untuk meluluskan penetapan cuti bersalin selama hanya 60 hari berikutan kekurangan pegawai perubatan itu dipersetujui oleh semua ketua klinik di daerah berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dengan mengambil kira terdapat tujuh pegawai perubatan cuti bersalin secara serentak di beberapa klinik kesihatan sepanjang Jun dan Julai lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI